Pendamping Manusia
Written by: Tarmizy-rwgCH - Editting : Tubagus Wirayudha Nitiwijaya Posted in: Bicara Alam Ghaib - Ada salah seorang keluarga pesakit yang saya rawat terkejut bila saya menceritakan bahawa Qarin ini ada dua, malahan di forum perbincangan pun ada yang berdebat tentang Qarin. Bagi yang taktau apa tu Qarin, Qarin bermaksud “Pendamping” atau “Teman”. Sejak manusia lahir, Allah menjadikan Dua Qarin padanya, satu dari bangsa malaikat dan satu dari bangsa jin. Dan rupa mereka semacam kita, boleh kata mereka adalah kembar kita. Qarin bangsa malaikat mengilhamkan kebaikan pada kita manakala Qarin jin mengilhamkan kejahatan pada kita. Hanya Qarin jin Rasulullah s.a.w . telah Allah Islamkan dan hanya mengilhamkan kebaikan ( Sebab tu Nabi maksum) . Ibnu Mas’ud meriwayatkan, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: “Setiap anak Adam mempunyai kelompok, dan bagi malaikat ada kelompok dengan anak Ad...